Saturday 31 January 2015

CABARAN GURU MASA KINI

CABARAN DARI BERBAGAI BIDANG .

EMOSI
Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi yang baik.Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri.Guru-guru harus memahami , pendidik masakini memang terlalu banyak tugasnya.Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama.Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri.Merungut bukanlah penyelesaian yang baik.Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik.Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi.Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif.Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.

Memang guru juga insan biasa.Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya.Kita adakalanya pening memikirkannya.Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.Saya pernah berhadapan dengan situasi di herdik murid sendiri.Diherdik oleh seorang murid 9 tahun dengan kata-kata yang kesat.Kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.Menggeletar seluruh badan ketika itu.Saya buntu memikirkan bagaimana boleh terfikir seorang insan mengherdik gurunya sendiri yang sekian lama mendambakan diri memberikannya ilmu.Itulah juga rasanya tahap kesabaran saya diuji dengan begitu dahsyat sekali.Saya boleh membalasnya kembali malah menggunakan dendaan yang hebat sebagai balasan.Tetapi entah mengapa dari mana datangnya kekuatan untuk hanya bersabar dan tidak pun melawan, walaupun ketika itu maruah diri sudah disiat-siat dicalar.Saya belajar suatu perkara.Rupanya orang menghargai kesabaran tersebut.Insan yang hebat adalah insan yang mampu mengawal kemarahannya sendiri.Memang benar.

Saya percaya setiap guru pasti pernah menghadapi saat-saat getir menghadapi pergolakan emosi.Itu tidak termasuk konflik dengan rakan sekerja yang pasti memeningkan.Bagi guru-guru yang terpaksa berpisah beribu batu dengan keluarga tercinta, nilai kesabaran anda pasti dibalas Allah suatu hari nanti.

CABARAN MEMBANGUN MODAL INSAN DIRI INSAN GURU.
Sewaktu lawatan jemaah Nazir mahupun Pemantau Jabatan Pelajaran Negeri, antara perkara yang dibincangkan adalah dimana letaknya guru di tengah-tengah masyarakat.Sesetengahnya pula akan berbual dengan mungkin jawatankuasa masjid terdekat, ajwatankuasa pendudukterdekat.Ada atau tidak guru-guru yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.tambahan pula guru tersebut merupakan seorang ustaz atau ustazah.Ada atau tidak menjenguk surau dan masjid.Memberi bingkisan tazkirah mahupun mengajar anak-anak mengaji Al-Qur’an.Bunyinya memang remeh.Sudahlah guru dibebani dengan bebanan tugas, ditambah pula dengan penglibatan dengan masyrakat.Tetapi itulah sebenarnya antara tanggungjawab seorang pendidik.Perlu turun bersama dengan masyarakat.Menjadi pemimpin, ahli jawatankuasa, penggerak dansebagainya.Untuk itu, sudah pasti seorang guru pasti memiliki ciri-ciri keinsanan yang tinggi.Guru perlu bijak berkomunikasi dan pintar apabila diajak berunding.Mampu pula mengendalikan mesyuarat.Apatah lagi mampu mengimamkan solat dan memimpin majlis-majlis ilmu.Di sinilah diri insan guru diperlihatkan.Disinilah kredibiliti guru perlu dilonjakkan ke suatu mercu.masyarakat memerlukan anda.Adakah guru sudah bersedia dari pada sudut kemahiran dan ilmu?.guru yang rapat dengan masyarakat akan dipandang mulia dan dihormati kerana ketokohannya.

Cabaran tersebut merupakan asam garam yang perlu dilalui oleh seorangguru.Mahu tidak mahu ianya pasti dan harus dilalui bukannyadielakkan.Emosi yang harmoni pasti menghasilkan hasil kerja berkualiti.Manakala penglibatan dengan ahli masyarakat sebenatnya menguji daya tahan seorang guru mendepani masyarakat umum.

Ruzain Syukur mansor

No comments:

Post a Comment