Sunday 10 March 2013

KESILAPAN DALAM PENULISAN RPH


Jadual di bawah untuk membantu anda membangunkan rancangan pelajaran yang berkesan dan mengelakkan lima kesilapan biasa.


Perkara
Kesilapan
Aspek yang perlu dipertimbangkan

Objektif

Tidak menyatakan apa yang sebenarnya akan pelajar buat  yang dapat diperhatikan.

Objektif yang terlalu umum

Merupakan penerangan apa yang pelajar buat yang menjadi asas untuk membuat kesimpulan tentang hasil pembelajaran yang telah dialami.

Memfokuskan pada sesuatu yang dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku selepas pembelajaran.


Penilaian Pengajaran

Tidak seiring dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid.

Dalam rancangan pengajaran hanya diterangkan bagaimana guru akan menentukan sama ada objektif telah dicapai.



Mestilah berdasarkan tingkah laku murid yang dinyatakan di dalam objektif.


Guru perlu menyedari ketidak sempurnaan tingkah laku murid .

Bahan
pengajaran

Terkeluar dari aktiviti pembelajaran yang sebenar.

Bahan yang disediakan tidak digunakan secara menyeluruh.

Hanya guru yang berinteraksi dengan bahan tidak murid.

Sepatutnya bersesuaian dengan tahap kebolehan dan perkembangan murid.

Mudah diterima dan difahami murid.

Mestilah sesuai  dan selaras dengan objektif yang hendak dicapai.

Mempunyai penerangan yang  jelas dan memudahkan murid melakukan aktiviti berkumpulan atau individu.

Bersesuaian dengan masa pengajaran dan mencukupi untuk murid.

Bahasa arahan

Tidak selaras dengan tahap pembelajaran murid.

Lebih banyak memberi arahan secara kelas.

Mengikut kumpulan tahap kebolehan murid.

Sentiasa mengulangi arahan sehingga murid benar-benar memahami.




Aktiviti  Murid

Tidak membantu untuk mencapai objektif.
Murid hanya sibuk melakukan aktiviti yang tidak menyumbang secara lansung dan berkesan kepada objektif pelajaran.


Mengukuhkan kefahaman murid terhadap objektif yang hendak dicapai.
Menarik minat murid.
Mempunyai arahan yang mudah difahami.

TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN


Tahap dan tujuan menyediakan rancangan pelajaran sebagai seorang guru sains.

Tahap Guru
Tujuan Menyediakan Rancangan Pelajaran















Tahap 1
Guru pelatih






·         Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
·         Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
·           Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
·         Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
·           Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
·           Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
·         Membantu guru membuat refleksi selepas sesuatu sesi pengajaran dijalankan.
·         Merancang aktivti untuk penutup dan penilaian pengajaran dan pembelajaran.























Tahap 2
Guru biasa

·         Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
·           Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
·           Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
·         Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
·           Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
·           Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
·           Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
























Tahap 3
Guru berpengalaman

·         Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
·           Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
·           Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang ada.
·         Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
·          Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.




FASA NEEDHAM PERSAMAAN DAN PERBEZAANNYA


PERBANDINGAN ANTARA LIMA FASA NEEDHAM DENGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Persamaan
v  satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar
v  berpusatkan murid
v  guru sebagai fasilitator
v  mendidik murid bekerja ataupun menyesuaikan diri dalam kumpulan
v  menggalakkan penglibatan murid dalam kelas/ pembelajaran aktif
v  membina kemahiran komunikasi
v  memberi penekanan kepada nilai kerjasama dan bertolak ansur
v  merangsang perasaan ingin tahu pelajar dan minat pelajar
v  memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada murid.

Perbezaan
TOPIK
LIMA FASA NEEDHAM
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
FASA
Mempunyai 5 fasa
Tidak mempunyai fasa
PERMULAAN KELAS
Dimulakan dengan set induksi
Dimulakan dengan memberi satu masalah
KEMAHIRAN
Tidak memberi penekanan kepada kemahiran penyelesaian masalah
Memberi penekanan kepada kemahiran penyelesaian masalah
LANGKAH KESELAMATAN
Menitikberatkan langkah keselamatan murid
Tidak menitikberatkan langkah keselamatan murid.
FASA PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA
Memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea
Tidak memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea



PERBANDINGAN ANTARA LIMA FASA NEEDHAM DENGAN KITARAN 5E

Persamaan
v  berpusatkan murid
v  memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada
v  mempunyai lima fasa
v  penekanan diberi kepada pengaplikasian idea
v  guru sebagai fasilitator
v  aktiviti di dalam kelas berasaskan ‘hands- on’
v  penilaian dibuat oleh guru pada akhir p&p.
v  memberi penekanan kepada peningkatan pengalaman baru
v  berasaskan pembelajaran koperatif dan inkuiri.

Perbezaan
TOPIK
LIMA FASA NEEDHAM
KITARAN 5E
REFLEKSI
-       dibuat oleh murid
-       dibuat oleh guru
FASA ORIENTASI
-       mempunyai fasa orientasi
-       tidak mempunyai fasa orientasi
PENILAIAN
-       dibuat pada fasa penstrukturan semula idea
-       dibuat pada fasa ‘refleksi’
JENIS FASA
-       mempunyai 5 fasa ( orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, pengaplikasian idea, dan refleksi
-       mempunyai 5 fasa ( engange, explore, explain, elaborate, dan evaluate)
KEMAHIRAN
-       mefokuskan kepada kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif
-       tidak mefokuskan kepada kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.
FASA PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA
-       memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea.
-       tidak memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea.
LANGKAH KESELAMATAN
-       mempunyai langkah keselamatan
-       tidak mempunyai langkah keselamatan.


 PERBANDINGAN ANTARA LIMA FASA NEEDHAM DENGAN PENGAJARAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF BERASASKAN INKUIRI

Persamaan
v  berpusatkan murid
v  memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada
v  guru sebagai fasilitator
v  aktiviti di dalam kelas berasaskan ‘hands- on’
v  penilaian dibuat oleh guru pada akhir p&p.
v  berasaskan pembelajaran koperatif dan inkuiri.

 PERbezaan
TOPIK
LIMA FASA NEEDHAM
PENGAJARAN INKUIRI
JENIS
-       tidak mempunyai jenis/ pilihan
-       terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran induktif dan deduktif
FASA
-       mempunyai 5 jenis fasa
-       tidak mempunyai fasa 
LANGKAH KESELAMATAN
-       mempunyai langkah keselamatan
-       tidak mempunyai langkah keselamatan
KEKERAPAN ULANGAN ISI
-       tidak memerlukan kekerapan ulangan isi
-       memerlukan kekerapan ulangan isi







PERBEZAAN RP TAHUNAN DAN RP HARIAN


Esei membandingkan perbezaan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian berdasarkan jadual yang diberikan.

 Perancangan  memainkan peranan penting  dalam bidang perguruan bagi memastikan pengajaran berkesan . Mungkin ada yang mengatakan kegagalan merancang pengajaran mengakibatkan murid tidak mencapai apa yang sepatutnya dicapai adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan kegagalan seorang jurutera dalam merancang sesuatu projek.
Di sini  dibincangkan perbezaan antara rancangan pelajaran tahunan,mingguan dan harian. Rancangan tahunan  biasanya  berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan pengajaran tahunan  ini biasanya  disediakan pada awal tahun  sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ianya mengambarkan perancangan untuk 38 hingga 42 minggu persekolahan.Rancangan tahunan berdasarkan sukatan pengajaran untuk setahun bagi sesuatu matapelajaran.
Seterusnya perancangan mingguan . Perancangan ini disusun untuk  aktiviti seminggu pengajaran. Ianya boleh diubah berdasarkan aktiviti serta takwim sesebuah sekolah.Ia juga bagi  memastikan adanya kesinambungan bagi setiap minggu pengajaran yang telah dilalui.Guru boleh merancang tempat,masa dan aktiviti yang akan dijalankan berserta bahan sumber pengajaran.
Rancangan pengajaran harian pula perlulah dibuat oleh seseorang guru kerana seseorang guru dapat menjangkakan  apakah langkah-langkah yang diperlukan bagi menyampaikan pengajarannya pada hari itu.Di sini juga diletakkan masa yang lebih terperinci untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Guru dapat membuat persediaan dan membuat refleksi serta penilaian pada pengajarannya pada hari itu.

Kesimpulannya, rancangan pelajaran tahunan,mingguan dan harian. Amat penting bagi menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.

MODUL SAINS PPG SEMESTER 4

Hai...............
Berikut ialah Subjek semester 4 untuk opsyen Sains Pendidikan Rendah . Ada lagi yg tak ada silalah download:

MODUL SCE3107
MODUL EDU 3105
MODUL PJM3106
MODUL SCE 3108 

SEKIAN TERIMA KASIH