Menguap Dari Sudut Sains
Menguap ni selalu dikaitkan dengan bila kita mengantuk,bosan atau nak tidur.
Menguap ni adalah salah satu involuntary action (benda yg kita tak control,
malah kajian cakap menguap berlaku semasa kita dalam kandungan ibu
lagi), yg menyebabkan mulut kita terbukak luas dan menarik nafas kita
sedalamnya.
*Satu teori yg menarik, kajian cakap, purata seorang itu menguap adalah selama 6 saat. (cubalah kira ya kalau nampak ada org menguap)
1. Menguap disebabkan oleh Hypoxia (kurangnya oxygen levels dalam saluran darah).
Teori
ini cakap yg kita akan menguap menyebabkan kita mengambil/menarik nafas
sedalam yg boleh pd saat2 kita perlukan Oxygen yg lebih (kemungkinan
sbb kita penat atau tak cukup nafas). Tapi ada mcm2 masalah dalam
membuktikan teori ni. Saintis pun dah melakukan mcm2 jenis kajian utk
buktikan teori ini. Sebab apa? Sebb, kalau betul menguap itu dilakukan
sbb kita nak Oxygen lebih, kenapa bila kita berlari, dan sesak nafas,
kenapa kita hanya akan tarik nafas lebih laju (breath harder), dan
bukannya menguap?
Ada banyak bahagian tubuh kita yg bertindak balas masa kita menguap.
1)Mulut kita akan terbukak, jaws(tulang rahang) jatuh atau turun, menyebabkn sebanyak yg boleh udara masuk melalui mulut.
2)Bila kita inhale tadi, udara yg masuk akan penuhkan ruang2 dalam paru2 (lungs) kita.
3)Muscle,otot External Intercostal Muscle akan mengembang dan Diaphragm kita ditolak ke bawah.
4)Udara yg masuk tadi kembangkan paru2 kita, dan kemudian sebahagian udara tadi akan ditolak balik keluar.
Ada satu teori ni cakap,tubuh manusia ini meguap adalah utk drawn in lebih banyk Oxygen, atau pun buangkan a build-up carbon dioxide (yang terlebih).
*ada satu kajian dibuat di University Of Maryland,Baltimore Country, bila diberi Oxygenyang banyk, takkan kurangkan menguap, dan kurangnya Carbon Dioxide dalam satu kawasan pon takkan kurangkan menguap.
2. Menguap ini salah satu bentuk komunikasi memberitahu perubahan fisiologi tubuh yang menunjukkan kita penat.
Teori
ini lebih kurang mcm nak beritahu yang setiap tingkah laku kita
tampilkan maksud tersendiri. Contohnya, kalau kita senyum, itu tanda
kita gembira, bila nangis tandanya sedih, muka Nampak marah tandanya mmg
marah. Masalah dgn teori ini, hampir sebilangan haiwan juga menguap!
Takkanlah dgn itu menunjukkan haiwan juga nak express mereka ini penat.
Sbb haiwan2 mcm ini tak memerlukan ekspresi muka utk tampilkan perasaan
(senyum, marah, gembira). Jadi, teori ni tak boleh digunakan utk bentuk
komunikasi.Ini tak bermaksud menguap itu tak digunakan utk tunjukkan
perasaan (penat), tapi ternyata menguap itu tak berasal dari teori ini.
3.Menguap digunakan untuk stretch out (siap sediakan) kita punya paru-paru untuk digunakan.
Mungkin
paru2 kita perlukan “senaman” bg satu tempoh tertentu utk buang
wrinkles dan lain2. Ini ditambahkan lagi kenapa bila menguap selalu
dikaitkan dgn stretching other muscles (mcm contoh lengan, mengeliat).
Jadi, apa yg dibuat adalah utk menyediakan tubuh kita utk satu kerja yg
kuat. Tapi, ini taklah bermakna bila kita nak tidur, kita menguap,
menunjukkan kita nk kerja kuat, tidur bukan satu kerja yg berat, sebab
tidur tak memerlukan anda bersiap sedia, kerana semasa tidur, kita akan
tarik oxygen lebih rendah drpd semasa kita sedar.
Sebab
itulah mungkin haiwan menguap utk “menyiapkan diri” mereka sebelum
menempuh hari yg penat.Contohnya, kucing akan menguap dan mengeliat bila
bangun pagi.
No comments:
Post a Comment