Monday 27 May 2013

KENAPA KITA MARAH


 

Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan, ada seorang lelaki, datang minta nasihat daripada Rasulullah S.A.W., Baginda jawab: "Jangan marah.". Lelaki itu ulang balik soalan dia. Rasulullah S.A.W. menjawab: "Jangan marah". Soalan itu diulang beberapa kali, namun Baginda jawab dengan jawapan yang sama. [1]

Ada disebut dalam riwayat Imam al-Tirmizi, lelaki tersebut berkata: "Ya Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan jangan pula terlalu banyak, moga aku senang memahaminya." Lantas Baginda Rasul menjawab: "Jangan Marah". [2]

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Dari Mu’adz bin Anas r.a., bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
مَنْ كَظَمَ غَيْظًا، وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللهُ سبحانه و تعالى عَلَى
رُؤُوْسِ الْخَلاَئِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ مَا شَاءَ
"Barangsiapa yang menahan marah, padahal dia mampu melepaskannya, niscaya Allah akan memanggilnya di atas para pemimpin makhluk pada Hari Kiamat hingga Dia memberikan pilihan bidadari untuknya sesuai kehendaknya." [3]


Kategori Marah
[4]
Allah ciptakan kita ini dilengkapi dengan dua unsur:
1) Jasmani (Pegang kepala, siku, bahu, lutut dan lain2)
2) Rohani (Bateri dalam hati, roh)

Jadi, tanpa roh, tidak cukup manusia itu. Tanpa bateri, tidak bergerak satu jam itu. Jarum jam (fizikal/jasmani) semua cukup belaka sudah, tapi tanpa bateri tidak gerak jam itu. Dari segi roh, hakikatnya, kita redha dengan segala yang berlaku, walaupun kejadian maksiat itu semua ketentuan Allah S.W.T.

Kemudian, dari segi jasmani pula, kita berlandaskan syariat. Sampai masa kena marah, kita marah, sampai masa kita berlembut, kita kena berlembut. Marah yang dicela oleh syara' ini adalah marah kerana NAFSU belaka. Tapi kalau marah kerana AGAMA, itu dipuji syara'.

Contoh:
-Marah kerana NAFSU; Marah sebab tak dijemput makan dinner/ Marah sebab ditinggalkan kawan dan sebagainya. Kerana apa? Kerana faedah marah itu tidak ada melainkan untuk diri kita sendiri.
-Marah kerana AGAMA; Kita marah orang memperendahkan Rasulullah S.A.W./ Isteri kita diperkosa orang/ Atau kepada orang yang hina agama Islam dan sebagainya. Tapi, tidak dapat dinafikan bahawa sifat marah itu datangnya daripada hati. Semua orang ada sifat marah. Sebab itu, agama diturunkan, dan Rasul diutuskan untuk mengajar supaya kita mengawal marah kita, agar marah itu dapat diterjemahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'.

Orang Gagah Disebut Rasulullah

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W.bersabda,
لَيْسَ الشَّدِيْدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.
"Bukanlah orang yang kuat itu adalah orang yang suka bertindak dengan kekerasan, akan tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." [5]

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,
مَا تَعُدُّوْنَ الصُّرَعَةَ فِيْكُمْ؟ قُلْنَا: الَّذِيْ لاَ تَصْرَعُهُ الرِّجَالُ
. قَالَ: لَيْسَ بِذلِكَ وَلكِنَّهُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.
''Siapakah di antara kalian yang kalian anggap kuat?' Kami menjawab, 'Orang yang tidak terkalahkan oleh orang lain.' Nabi bersabda, 'Bukan demikian, akan tetapi dia adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah'." [6]

KENAPA KITA MENGUAP

 

Menguap Dari Sudut Sains
Menguap ni selalu dikaitkan dengan bila kita mengantuk,bosan atau nak tidur.
Menguap ni adalah salah satu involuntary action (benda yg kita tak control, malah kajian cakap menguap berlaku semasa kita dalam kandungan ibu lagi), yg menyebabkan mulut kita terbukak luas dan menarik nafas kita sedalamnya.
*Satu teori yg menarik, kajian cakap, purata seorang itu menguap adalah selama 6 saat. (cubalah kira ya kalau nampak ada org menguap)
1. Menguap disebabkan oleh Hypoxia (kurangnya oxygen levels dalam saluran darah).
Teori ini cakap yg kita akan menguap menyebabkan kita mengambil/menarik nafas sedalam yg boleh pd saat2 kita perlukan Oxygen yg lebih (kemungkinan sbb kita penat atau tak cukup nafas). Tapi ada mcm2 masalah dalam membuktikan teori ni. Saintis pun dah melakukan mcm2 jenis kajian utk buktikan teori ini. Sebab apa? Sebb, kalau betul menguap itu dilakukan sbb kita nak Oxygen lebih, kenapa bila kita berlari, dan sesak nafas, kenapa kita hanya akan tarik nafas lebih laju (breath harder), dan bukannya menguap?
Ada banyak bahagian tubuh kita yg bertindak balas masa kita menguap.
1)Mulut kita akan terbukak, jaws(tulang rahang) jatuh atau turun, menyebabkn sebanyak yg boleh udara masuk melalui mulut.
2)Bila kita inhale tadi, udara yg masuk akan penuhkan ruang2 dalam paru2 (lungs) kita.
3)Muscle,otot External Intercostal Muscle akan mengembang dan Diaphragm kita ditolak ke bawah.
4)Udara yg masuk tadi kembangkan paru2 kita, dan kemudian sebahagian udara tadi akan ditolak balik keluar.
Ada satu teori ni cakap,tubuh manusia ini meguap adalah utk drawn in lebih banyk Oxygen, atau pun buangkan a build-up carbon dioxide (yang terlebih).
*ada satu kajian dibuat di University Of Maryland,Baltimore Country, bila diberi Oxygenyang banyk, takkan kurangkan menguap, dan kurangnya Carbon Dioxide dalam satu kawasan pon takkan kurangkan menguap.
2. Menguap ini salah satu bentuk komunikasi memberitahu perubahan fisiologi tubuh yang menunjukkan kita penat.
Teori ini lebih kurang mcm nak beritahu yang setiap tingkah laku kita tampilkan maksud tersendiri. Contohnya, kalau kita senyum, itu tanda kita gembira, bila nangis tandanya sedih, muka Nampak marah tandanya mmg marah. Masalah dgn teori ini, hampir sebilangan haiwan juga menguap! Takkanlah dgn itu menunjukkan haiwan juga nak express mereka ini penat. Sbb haiwan2 mcm ini tak memerlukan ekspresi muka utk tampilkan perasaan (senyum, marah, gembira). Jadi, teori ni tak boleh digunakan utk bentuk komunikasi.Ini tak bermaksud menguap itu tak digunakan utk tunjukkan perasaan (penat), tapi ternyata menguap itu tak berasal dari teori ini.
3.Menguap digunakan untuk stretch out (siap sediakan) kita punya paru-paru untuk digunakan.
Mungkin paru2 kita perlukan “senaman” bg satu tempoh tertentu utk buang wrinkles dan lain2. Ini ditambahkan lagi kenapa bila menguap selalu dikaitkan dgn stretching other muscles (mcm contoh lengan, mengeliat). Jadi, apa yg dibuat adalah utk menyediakan tubuh kita utk satu kerja yg kuat. Tapi, ini taklah bermakna bila kita nak tidur, kita menguap, menunjukkan kita nk kerja kuat, tidur bukan satu kerja yg berat, sebab tidur tak memerlukan anda bersiap sedia, kerana semasa tidur, kita akan tarik oxygen lebih rendah drpd semasa kita sedar.
Sebab itulah mungkin haiwan menguap utk “menyiapkan diri” mereka sebelum menempuh hari yg penat.Contohnya, kucing akan menguap dan mengeliat bila bangun pagi.

PANTUN TEKA TEKI

 

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Jawapan: Mancis

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Jawapan: Belon

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat