Sunday 10 March 2013

PERBEZAAN RP TAHUNAN DAN RP HARIAN


Esei membandingkan perbezaan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian berdasarkan jadual yang diberikan.

 Perancangan  memainkan peranan penting  dalam bidang perguruan bagi memastikan pengajaran berkesan . Mungkin ada yang mengatakan kegagalan merancang pengajaran mengakibatkan murid tidak mencapai apa yang sepatutnya dicapai adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan kegagalan seorang jurutera dalam merancang sesuatu projek.
Di sini  dibincangkan perbezaan antara rancangan pelajaran tahunan,mingguan dan harian. Rancangan tahunan  biasanya  berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan pengajaran tahunan  ini biasanya  disediakan pada awal tahun  sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ianya mengambarkan perancangan untuk 38 hingga 42 minggu persekolahan.Rancangan tahunan berdasarkan sukatan pengajaran untuk setahun bagi sesuatu matapelajaran.
Seterusnya perancangan mingguan . Perancangan ini disusun untuk  aktiviti seminggu pengajaran. Ianya boleh diubah berdasarkan aktiviti serta takwim sesebuah sekolah.Ia juga bagi  memastikan adanya kesinambungan bagi setiap minggu pengajaran yang telah dilalui.Guru boleh merancang tempat,masa dan aktiviti yang akan dijalankan berserta bahan sumber pengajaran.
Rancangan pengajaran harian pula perlulah dibuat oleh seseorang guru kerana seseorang guru dapat menjangkakan  apakah langkah-langkah yang diperlukan bagi menyampaikan pengajarannya pada hari itu.Di sini juga diletakkan masa yang lebih terperinci untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Guru dapat membuat persediaan dan membuat refleksi serta penilaian pada pengajarannya pada hari itu.

Kesimpulannya, rancangan pelajaran tahunan,mingguan dan harian. Amat penting bagi menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.

No comments:

Post a Comment