Sunday 10 March 2013

KESILAPAN DALAM PENULISAN RPH


Jadual di bawah untuk membantu anda membangunkan rancangan pelajaran yang berkesan dan mengelakkan lima kesilapan biasa.


Perkara
Kesilapan
Aspek yang perlu dipertimbangkan

Objektif

Tidak menyatakan apa yang sebenarnya akan pelajar buat  yang dapat diperhatikan.

Objektif yang terlalu umum

Merupakan penerangan apa yang pelajar buat yang menjadi asas untuk membuat kesimpulan tentang hasil pembelajaran yang telah dialami.

Memfokuskan pada sesuatu yang dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku selepas pembelajaran.


Penilaian Pengajaran

Tidak seiring dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid.

Dalam rancangan pengajaran hanya diterangkan bagaimana guru akan menentukan sama ada objektif telah dicapai.



Mestilah berdasarkan tingkah laku murid yang dinyatakan di dalam objektif.


Guru perlu menyedari ketidak sempurnaan tingkah laku murid .

Bahan
pengajaran

Terkeluar dari aktiviti pembelajaran yang sebenar.

Bahan yang disediakan tidak digunakan secara menyeluruh.

Hanya guru yang berinteraksi dengan bahan tidak murid.

Sepatutnya bersesuaian dengan tahap kebolehan dan perkembangan murid.

Mudah diterima dan difahami murid.

Mestilah sesuai  dan selaras dengan objektif yang hendak dicapai.

Mempunyai penerangan yang  jelas dan memudahkan murid melakukan aktiviti berkumpulan atau individu.

Bersesuaian dengan masa pengajaran dan mencukupi untuk murid.

Bahasa arahan

Tidak selaras dengan tahap pembelajaran murid.

Lebih banyak memberi arahan secara kelas.

Mengikut kumpulan tahap kebolehan murid.

Sentiasa mengulangi arahan sehingga murid benar-benar memahami.




Aktiviti  Murid

Tidak membantu untuk mencapai objektif.
Murid hanya sibuk melakukan aktiviti yang tidak menyumbang secara lansung dan berkesan kepada objektif pelajaran.


Mengukuhkan kefahaman murid terhadap objektif yang hendak dicapai.
Menarik minat murid.
Mempunyai arahan yang mudah difahami.

No comments:

Post a Comment